Asas
Kami menggunakan khidmat penghantaran Ninjavan sebagai rakan penghantaran utama Noryah.
Tetapi jika Cikpuan berada diluar kawasan penghantaran Ninjavan, Cikpuan boleh berhubung dengan Team Noryah untuk menukar kepada syarikat kurier yang lain.
Bagi barang yang dijual dan diterima dalam keadaan baik, pihak Noryah tidak akan menerima sebarang pertukaran atau pemulangan barang.
Sekiranya berlaku sebarang kerosakkan disebabkan oleh pihak Noryah, pihak Noryah akan menggantikan barang tersebut dengan barang yang baru.
Segala kos penghantaran akan ditanggung oleh pihak Noryah.
Buat masa sekarang pihak Noryah hanya menerima dan memfokuskan order dari dalam Malaysia sahaja.
Segala order diluar Malaysia tidak akan diproses.
Pembayaran
Kami menyediakan pelbagai kaedah bayaran bagi memudahkan Cikpuan membuat proses pembelian.
Antara kaedah yang boleh dipilih ialah:-
- Online Transfer
- Bank Transfer
- Cash Deposit
- Cash On Delivery (COD)
- Credit Card
Ya, kami menyediakan platfom untuk Cikpuan membuat pembayaran menggunakan kad kredit.
Tidak, kami tidak mengenakan apa-apa cukai ke atas barang jualan kami.
Penghantaran & Pemulangan
Cikpuan boleh terus berhubung dengan Team Noryah bagi urusan pemulangan.
Perlu diingatkan segala barang jualan yang dijual dan diterima dalam keadan sepatutnya tidak boleh dipulangkan atau ditukar dengan barang yang lain.
Pemulangan duit akan diproses dalam masa 1-2 hari setelah barang yang dikembalikan diterima oleh Team Noryah.
Untuk urusan pembatalan dan penukaran barang, Cikpuan boleh hubungi Team Noryah. Segala keputusan berdasarkan budi bicara dan perbincangan Cikpuan dan Team Noryah.
Cikpuan boleh terus berhubung dengan Team Noryah melalui Whatsapp di nombor 01137591281.